Sunday, May 17, 2009

tiada erti 52 tahun Kemerdekaan

Merdeka.. besar maknanya pada sesuatu tamadun sebuah bangsa n negara.. tapi apa yang dapat dilihat sehingga ke hari ni.. masih ada lagi rakyat luar bandar yang ketinggalan dari perlbagai aspek terutama Pendidikan, Ekonomi & hal2 yang berkaitan.. Apa erti kemerdekaan pada penduduk sebuah Kg yang baru dapat bekalan sumber air bersih. Mungkin banyak lagi kawasan2 pendalaman yang masih tiada kemudahan2 tertentu seperti paip air, elektrik, jalan raya dan sebagainya.. sebagai anak malaysia yang lahir selepas Merdeka yang berbangsa melayu & beragama islam saya amat kecewa dengan sikap Pemimpin2 baik dr BN mahupun dr PR. Terutama wakil2 rakyat yang dtg dari BN.. yang hanya mementingkan tembolok sendiri je.. sampai nasib rakyat dalam kawasan sendiri pun tak mampu nak jaga lagi.. wahai manusia yang bergelar Pemimpin, sanggup kah kamu menghadapi seksaan kubur atas segala amanah yang telah dipertanggungjawaban ke atas kamu.. Agaknya bila la Pemimpin2 BN khususnya UMNO nak berpijak di Bumi yang Nyata.. wassalam

Friday, May 15, 2009

63 tahun.. sedarlah

Alhamdulillah, marilah kita dengan sepenuh hati dan keinsafan melafazkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt kerana tahun ini UMNO sudah berusia 63 tahun. Bersyukurlah kerana Parti Keramat yang menerajui kemerdekaan dan kemajuan negara, terus menjadi tonggak perpaduan Melayu dan kita dapat berkhidmat memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 26 Ogos 1949 pula terus menjadi sandaran besar dan harapan tinggi kepada kesinambungan Parti Keramat orang Melayu khususnya Pemuda UMNO Bahagian Klang itu sendiri. Walaupun pernah teruji kemelut politik Melayu dalam PRU 12 yang lepas, Pemuda UMNO Bahagian Klang kini mantap dan utuh untuk terus memikul harapan dan amanah agama, bangsa dan tanahair. Maka saya yakin, dengan berasaskan kekukuhan Parti kini dan dengan berpegang teguh kepada asas-asas perjuangan, nilai-nilai murni ketimuran, Pemuda UMNO hari ini sewajarnya sudah bersedia untuk membawa anak bangsa menghadapi cabaran di masa akan datang. Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) yang lalu telah menunjukkan bahawa, ada tanda-tanda bahawa orang Melayu khususnya generasi muda, telah mula hilang kepercayaan kepada parti kita UMNO. Selain Kelantan, kini Kedah, Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya ditawan oleh Parti Pembangkang. Negeri Johor yang terkenal selama ini sebagai kubu kuat UMNO, juga telah berjaya dicerobohi oleh pihak pembangkang. Lanjutan dari kemerosotan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lalu, telah menyebabkan kegawatan dalam parti kita UMNO. Begitu juga dalam parti-parti komponen BN yang lain. Masing-masing cuba menuding jari menyalahkan pihak yang lain. Tindakan menyalahkan pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi, melainkan kita sendiri harus mengkaji semula kelemahan dan kesilapan diri kita, seterusnya mengambil jalan secepat mungkin, untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan tersebut. Masa terus berjalan. Jika kita lambat bertindak dan terus menyalahkan pihak lain, kemungkinan untuk bangkit semula dalam Pilihanraya Umum yang akan datang menjadi semakin tipis boleh reput dan hancur dari dalam. Maka, dengan slogan Pemuda Berani Berubah dalam Semangat Setia Kawan, kita jalin dan gemblengkan menjadi ikatan kukuh yang membentengi segala ancaman. Sesungguhnya perjuangan, khidmat, kekukuhan dan perpaduan kita dalam Parti Keramat ini memberi erti, faedah, nikmat, nilai dan makna kepada kehidupan rakyat segenap lapisan. Bangkit la wahai Pemimpin-pemimpinKu dari di buai mimpi yang indah-indah belaka, sedangkan anak bangsa kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju perjuangan.

Monday, February 16, 2009

Skandal Elizabeth Wong

Elizabeth sedang bersama dengan Sim Tze Min, ADUN Pantai Jerjak Penang. Eliza beritahu ada bekas teman lelakinya ambil gambarnya. Siapakah teman lelaki Eliza itu? Ada orang kata Tian Chua pernah jadi boyfriend Eliza juga. Semua ADUN-ADUN PKR ni jenis yang tak nak kahwin samalah macam Tian Chua dan Teresa Kok. Free life. Itu pun ada orang nak pilih mereka juga. Layak kah mereka-mereka ini menjadi Pemimpin kat negara yang kita Cintai ini.

Sapa yang Lebih Layak

Di antara Tan Sri Muhyidin Yasin.. Tan Sri Muhd Taib dan Dato Seri Ali Rustam yang mana benar2 layak menjadi Pemimpin No 2 Malaysia

Sunday, February 15, 2009

Pemimpin

Pemimpin.
Menjadi bintang bekerdipan di keheningan langit malam,
Menjadi gunung menggamit di hujung pandang,
Menjadi laut terbentang di keluasan alam,
Menjadi pepohon rendang meneduh kehidupan,

Pemimpin.
Bukan menagih sanjung pujian,
Bukan rakus penentu habuan,
Bukan berang menyatukan perbezaan,
Bukan amarah penyambut teguran,
Bukan dendam dalam tindakan,
Bukan benci dan dengki neraca keadilan,
Bukan jua diri jadi keutamaan,
Allah, Allah menjadi sandaran,
Rasul, Rasul menjadi ikutan,
Al-Quran, Kitabullah menjadi panduan.